Followers

Wednesday, 13 July 2011

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENGAJAR SAINS DI SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
Perkembangan media elektronik di negara-negara maju adalah didorong oleh kepentingan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan. Negara-negara membangun berlumba-lumba menguasai ICT sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan perkongsian maklumat yang lebih cepat dan tepat. Ini memberikan impak yang besar kepada bidang pendidikan dalam proses penggunaan ICT dalam P&P.
Penggunaan teknologi di dalam kelas merupakan pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pengajaran yang berkesan. Sekolah-sekolah diberi peruntukan khas untuk membina makmal komputer. Guru-guru pula dihantar berkursus bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas ICT.
KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P SAINS
Laurillard(1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan tahap konsep teoritikal. Penggunaan simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dengan mudah.
Perisian pendidikan dalam mata pelajaran Sains dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru menyampaikan proses P&P di dalam kelas. Bahan ini dapat menghidupkan suasana P&P yang ceria,memudahkan murid memahami isi pelajaran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Elemen-elemen grafik,animasi dan audio yang lebih menarik akan membantu meningkatkan kefahaman murid.
HASIL DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains masih ditahap sederhana. Didapati juga guru-guru jarang menggunakan perisian yang dibekalkan. Namun begitu majoriti responden pernah menggunakan perisian pendidikan Sains di dalam kelas. Mereka berpendapat penggunaan perisian dapat membantu pengajaran dan pengukuhan P&P.
Antara kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru dalam proses penggunaan perisian pendidikan Sains ialah guru tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam mengendalikan komputer. Guru juga kurang mendapat pendedahan yang mencukupi atau kursus-kursus berkaitan. Selain itu kawalan kelas juga agak longgar ketika P&P. Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah didapati kurang  mencukupi serta tidak berkualiti.
Kekerapan penggunaan perisian Sains menunjukkan penurunan dan didapati guru hanya menggunakan perisian Sains hanya apabila diperlukan dan ketika aktiviti pengukuhan.


KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains sekolah rendah masih ditahap sederhana. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses P&P namun mereka seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains ini tersebut dengan kurangnya penggunaannya  di dalam kelas. Guru-guru Sains sekolah rendah harus yakin diri dalam membangunkan kebolehan diri dalam penggunaan teknologi. Peluang serta ruang yang mencukupi haruslah diberikan kepada mereka bagi menggunakan perisian secara optimum.

2 comments:

  1. Pengajaran dan pembelajaran dalam ICT amat ditekankan pada masa kini dan dapat melahirkan generasi celik ICT.

    ReplyDelete
  2. Pengajaran sains memang sesuai menggunakan kaedah pengajaran ICT kerana ia dapat disampaikan dengan lebih berkesan

    ReplyDelete